Monday, June 22, 2015

Perbandingan Hari Ini dan Semalam


Insya-Allah, am trying to make a commitment about sharing what I read.
Nak share ilmu sendiri memang tak berpengetahuan. Nak share experience, terlalu cetek pengalaman yang ada. Paling kurang saya berkongsi apa yang saya baca berdasarkan kefahaman saya yg cetek ni. Been reading this book for a past few weeks. Belum habis lagi tapi nak share earlier chapters yang dah baca.

Semoga ada yang beroleh manfaat.
Daripada buku:
Perjalananku Bersama Al-Quran oleh Dr. Mohd Shafie Md Amin

1) Perbandingan.

Jangan banding anak orang dengan anak kita. 
Jangan banding abang dengan adik.
Setiap satunya unik.

Kalau nak banding juga, bandinglah keadaan/kemajuan yang dicapai HARI INI BERBANDING SEMALAM. Apa kemajuan yang anak kita telah capai? Fokus on that and appreciate that progress. Raikan kejayaan tersebut walaupun kecil. Cara nak rai juga macam-macam - ada 5 cara atau bahasa kalau tak silap saya - words of affirmation, giving gifts, quality time, physical touch and acts of service. Ini pun dah lama saya baca, kalau nak elaborate kena baca balik buku ni. 

Kenapa kita tak boleh banding-banding macam tu? 

Sebab akal yang Allah bagi pada kita ni memang tak sama. Memang unik.
Allah mentioned this in the Quran:

"وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ"
[An-Nahl:71]

Yang bermaksud:
Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakan-Nya. Dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan (rezekinya) itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu dapat sama (merasakan) mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?

Dan juga dalam ayat berikut:

"أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُم مَّعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعْضُهُم بَعْضًا سُخْرِيًّا وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ"
[Az-Zukhruf:32]

Yang bermaksud:
 (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.

Jadi, hari ini fasal perbandingan/comparison. Ingatan kepada saya sebagai guru ialah jangan banding-bandingkan anak-anak murid! Big reminder on that!

Itu berkenaan anak-anak. Kita pula macam mana? Apa kemajuan yang sudah kita capai hari ini. Dari segi amal baiknya apa progress kita? Dalam bulan Ramadhan ni, kemungkinan besar yang boleh kita senaraikan:

pertambahan muka surat Al-Quran yang kita baca;
solat berjemaah Subuh di masjid (for men), sebelum puasa tak pernah buat;
tambah solat-solat sunat yang lain;
qiamullail;
sedekah duit;
sedekah makanan berbuka puasa;
memudahkan urusan orang lain, dan sebagainya lagi.

Pernah tak agaknya kita plan tentang pertambahan amalan baik untuk setiap hari? (Whoaa! This is really a big question to self!!!).

Maka, penting untuk kita memperbaiki diri setiap masa. Bandinglah hari kita yang semalam dengan hari ini. Sepatutnya setiap hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini ....dan terus cuba memperbaiki diri. Walau susah nak capai ultimate target, tetap usaha sebab Allah amat cintakan orang yang berusaha untuk memperbaiki dirinya ke arah kebaikan seperti mana firman Allah berikut:

"وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ"
[Al-Baqara:195]

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Hopefully, this small reminder and sharing will lead us to a straighter path towards Allah, towards Jannah. Insya-Allah. 

Thursday, June 11, 2015

Sebenar-benar Bacaan

Alhamdulilah, tak berapa lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan. Mudah-mudahan sampailah usia kita untuk sempat meraih nikmat Ramadhan.

Biasanya bila masuk sahaja bulan yang penuh barokah ini, berlumba-lumba lah umat Islam untuk melipat gandakan amal ibadah mereka. Sepanjang Ramadhan, kita berpeluang untuk meningkatkan prestasi amal ibadah kita. Prestasi kita di sisi Allah sudah tentu lebih penting berbanding prestasi kita di sisi manusia. 

Dalam surah Al-Mulk, ayat 2

"الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ"

Maksudnya:
Dialah yang telah mentaqdirkan adanya mati dan hidup (kamu) , untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).

Jadi, bagaimana cara Allah ukur prestasi kita?

1) dengan amalan baik kita:
2) dengan taubat kita.

Bila dah ada ukuran KPI (key performance index) ini, sudah tentulah kejayaan dihujung ukuran KPI tadi kan? Bagaimanakah pula yang dikatakan sebagai "kejayaan"?

"وَالْعَصْرِ"
"إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ"
"إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ"

Maksudnya:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Surah Al-Asr, ayat 1-3

Jadi, orang yang mencapai kejayaan pada akhirnya ialah:

1) orang yg beriman
2) orang yang beramal soleh
3) orang yang berdakwah

Hati kena selalu ingat pada Allah dan sentiasa mencari ilmu untuk menambah amal soleh. Amal soleh ni perlukan ilmu. Kena pergi cari. Kena berguru. Kena belajar lah ringkasnya. Maka KPI kita tadi boleh meningkat dengan cara di atas. Soalnya, ilmu apa yang kita nak cari dan belajar? Jawapannya ilmu yang ada dalam Al-Quran.

"الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمَن يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ"
[Al-Baqara:121]

Maksudnya:
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-sebenar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya, dan sesiapa yang mengingkarinya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

Sekarang baru kita sampai kepada tajuk posting. Secara ringkas apa yang dikongsi tadi:

1) Ukuran prestasi (KPI) kita di sisi Allah - amal baik, taubat
2) Di hujung KPI ada kejayaan - maksud kejayaan? - beriman, beramal soleh, berdakwah
3) Nak beramal soleh, mesti dengan ilmu. Kat mana nak cari ilmu - baca Al-Quran.

So, apa maksud sebenar-benar bacaan? Ia merangkumi empat perkara berikut:

1) Baca dengan tajwid yang betul.

"أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا"
[Al-Muzzammil:4]

Maksudnya:
Atau lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil (bertajwid).

Maka, kalau belum pandai baca dgn bertajwid, wajiblah cari guru untuk belajar.

2) Baca dengan faham.

"أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا"
[Muhammad:24]

Maksudnya:
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran?

Ayat ini menekankan usaha untuk faham dan fikir tentang isi Al-Quran. Sedia maklum, Al-Quran dalam bahasa Arab, jadi sudahkah kita melengkapkan diri dengan ilmu bahasa Arab ataupun menghadiri kelas-kelas tafsir Al-Quran?

3) Laksanakan apa yang kita faham tadi dengan ikhlas.

"وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ"
[Al-Bayyina:5]

Maksudnya:
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat dan memberi zakat; dan yang demikian itulah agama yang benar. 

Niat kita buat ibadah tiada kerana yang lain kecuali kerana Allah. Semuanya kerana Allah. 

4) Sebarkan ilmu yang kita belajar tadi, ilmu yang kita dah faham tadi serta dah laksanakan dengan ikhlas itu kepada orang lain. 

"وَالْعَصْرِ"
"إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ"
"إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ"

Surah Al-Asr, ayat 1-3

......dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Apa maksud pesan di sini? Ingatkan, beritahu, sampaikan yang benar dan menyuruh bersabar dalam melaksanakan perintah Allah.

Jadi, in a nut-shell, maksud sebenar-benar bacaan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 121 tadi ialah:

1) baca dgn tajwid
2) fahamkan bacaan
3) niatkan ibadah kerana Allah
4) bantu orang lain faham macam kita yakni berdakwah.

Inilah langkah-langkah yang kita perlu kita buat untuk mencapai definisi sebenar sebuah kejayaan. Usahakan untuk upgrade prestasi kita, upgrade ilmu. Usahakan yang lebih baik saban hari. Ingat KPI kita tadi, prestasi kita di sisi Allah. Bersabar dengan dugaan semasa kita meningkatkan KPI tadi. Kita usahalah semampu mungkin. Hasilnya biarlah Allah yang tentukan. Yang penting usaha yang ikhlas tadi sudah pun dikira sebagai ibadah, insya-Allah. 

Alhamdulillah, terima kasih kepada pengarang buku PERJALANANKU BERSAMA AL-QURAN iaitu Dr. Mohd Shafie. Saya berkongsi apa yg beliau nukilkan dalam buku tersebut dan telah diolah sedikit dengan kefahaman saya. 

Semoga Ramadhan ini memberi kita semangat untuk teruskan gandakan ibadah kita di luar waktu Ramadhan.