Thursday, June 11, 2015

Sebenar-benar Bacaan

Alhamdulilah, tak berapa lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan. Mudah-mudahan sampailah usia kita untuk sempat meraih nikmat Ramadhan.

Biasanya bila masuk sahaja bulan yang penuh barokah ini, berlumba-lumba lah umat Islam untuk melipat gandakan amal ibadah mereka. Sepanjang Ramadhan, kita berpeluang untuk meningkatkan prestasi amal ibadah kita. Prestasi kita di sisi Allah sudah tentu lebih penting berbanding prestasi kita di sisi manusia. 

Dalam surah Al-Mulk, ayat 2

"الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ"

Maksudnya:
Dialah yang telah mentaqdirkan adanya mati dan hidup (kamu) , untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).

Jadi, bagaimana cara Allah ukur prestasi kita?

1) dengan amalan baik kita:
2) dengan taubat kita.

Bila dah ada ukuran KPI (key performance index) ini, sudah tentulah kejayaan dihujung ukuran KPI tadi kan? Bagaimanakah pula yang dikatakan sebagai "kejayaan"?

"وَالْعَصْرِ"
"إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ"
"إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ"

Maksudnya:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Surah Al-Asr, ayat 1-3

Jadi, orang yang mencapai kejayaan pada akhirnya ialah:

1) orang yg beriman
2) orang yang beramal soleh
3) orang yang berdakwah

Hati kena selalu ingat pada Allah dan sentiasa mencari ilmu untuk menambah amal soleh. Amal soleh ni perlukan ilmu. Kena pergi cari. Kena berguru. Kena belajar lah ringkasnya. Maka KPI kita tadi boleh meningkat dengan cara di atas. Soalnya, ilmu apa yang kita nak cari dan belajar? Jawapannya ilmu yang ada dalam Al-Quran.

"الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمَن يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ"
[Al-Baqara:121]

Maksudnya:
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-sebenar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya, dan sesiapa yang mengingkarinya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 

Sekarang baru kita sampai kepada tajuk posting. Secara ringkas apa yang dikongsi tadi:

1) Ukuran prestasi (KPI) kita di sisi Allah - amal baik, taubat
2) Di hujung KPI ada kejayaan - maksud kejayaan? - beriman, beramal soleh, berdakwah
3) Nak beramal soleh, mesti dengan ilmu. Kat mana nak cari ilmu - baca Al-Quran.

So, apa maksud sebenar-benar bacaan? Ia merangkumi empat perkara berikut:

1) Baca dengan tajwid yang betul.

"أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا"
[Al-Muzzammil:4]

Maksudnya:
Atau lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan tartil (bertajwid).

Maka, kalau belum pandai baca dgn bertajwid, wajiblah cari guru untuk belajar.

2) Baca dengan faham.

"أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا"
[Muhammad:24]

Maksudnya:
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran?

Ayat ini menekankan usaha untuk faham dan fikir tentang isi Al-Quran. Sedia maklum, Al-Quran dalam bahasa Arab, jadi sudahkah kita melengkapkan diri dengan ilmu bahasa Arab ataupun menghadiri kelas-kelas tafsir Al-Quran?

3) Laksanakan apa yang kita faham tadi dengan ikhlas.

"وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ"
[Al-Bayyina:5]

Maksudnya:
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat dan memberi zakat; dan yang demikian itulah agama yang benar. 

Niat kita buat ibadah tiada kerana yang lain kecuali kerana Allah. Semuanya kerana Allah. 

4) Sebarkan ilmu yang kita belajar tadi, ilmu yang kita dah faham tadi serta dah laksanakan dengan ikhlas itu kepada orang lain. 

"وَالْعَصْرِ"
"إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ"
"إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ"

Surah Al-Asr, ayat 1-3

......dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Apa maksud pesan di sini? Ingatkan, beritahu, sampaikan yang benar dan menyuruh bersabar dalam melaksanakan perintah Allah.

Jadi, in a nut-shell, maksud sebenar-benar bacaan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 121 tadi ialah:

1) baca dgn tajwid
2) fahamkan bacaan
3) niatkan ibadah kerana Allah
4) bantu orang lain faham macam kita yakni berdakwah.

Inilah langkah-langkah yang kita perlu kita buat untuk mencapai definisi sebenar sebuah kejayaan. Usahakan untuk upgrade prestasi kita, upgrade ilmu. Usahakan yang lebih baik saban hari. Ingat KPI kita tadi, prestasi kita di sisi Allah. Bersabar dengan dugaan semasa kita meningkatkan KPI tadi. Kita usahalah semampu mungkin. Hasilnya biarlah Allah yang tentukan. Yang penting usaha yang ikhlas tadi sudah pun dikira sebagai ibadah, insya-Allah. 

Alhamdulillah, terima kasih kepada pengarang buku PERJALANANKU BERSAMA AL-QURAN iaitu Dr. Mohd Shafie. Saya berkongsi apa yg beliau nukilkan dalam buku tersebut dan telah diolah sedikit dengan kefahaman saya. 

Semoga Ramadhan ini memberi kita semangat untuk teruskan gandakan ibadah kita di luar waktu Ramadhan. 




No comments:

Post a Comment