Wednesday, May 13, 2015

Peristiwa Sentap di Suatu Pagi

Peristiwa ini dah berlaku beberapa tahun yang lepas, Kalau tak silap saya dalam tahun 2009.
Waktu tu awal tahun. Subuh masuk awal dan hari masih gelap waktu saya keluar ke sekolah.

40 minit kemudian, saya tiba di simpang traffic light yang sibuk. Ada empat laluan dan biasanya saya akan ambil yang paling kanan untuk ke simpang seterusnya. Waktu tu kereta banyak berbaris di hadapan. Suasana masih terlalu gelap walaupun menghampiri jam tujuh. Traffic light masih merah. Kebiasaannya memang lama masa menunggu di simpang tersebut.

Saya lihat di depan saya ada ruang untuk saya ke kanan. Tapi hati saya was-was sama ada lepas atau tidak ruang tersebut memandangkan kereta saya merupakan sebuah MPV. Dalam keadaan ragu-ragu saya teruskan dan akhirnya bergeser dengan sebuah kereta kelisa di sebelah kiri. (Mental note: lain kali kalau ragu2, jangan diteruskan niat tersebut!!)

Macam nak luruh jantung saya! Saya berdoa agar tuan punya kereta berbesar hati memaafkan saya sebaik sahaja saya melihat dia turun dari kereta. Malang bagi saya. Tuan punya kereta kelisa tersangat berang! Dia berdiri di hadapan kereta saya menyumpah seranah, menghambur segala kata-kata kesat. Boleh tak bayangkan dia berdiri di hadapan kereta yang lampunya besar? Suasana masih amat gelap. Memang jelas bayang tubuhnya (sillhouette) dengan aksi kedua-dua tangan terangkat ke atas dan ke bawah menunjuk-nunjuk ke arah saya. 

Anak-anak saya yang berempat, yang tadinya terlena terpinga-pinga mendengar orang terjerit-jerit di luar kereta. Terjongol-jongol mereka mengintai bayang siapalah agaknya di hadapan kereta kami!

Banyak juga lah perkataan yang tidak enak hinggap di telinga saya. Yang paling sopan antaranya dia cakap begini:

"kalau nak cepat sangat, panjatlah kerb tepi jalan tuh!!!"
"orang lain pun nak kerja jugak..bla .bla..bla.."

Saya lihat traffic light dah mula hijau. Satu persatu kereta mula bergerak. Saya biarkan sahaja dia menghabiskan "luahan hatinya" sehingga ke ayat yang terakhir, barulah saya menyampuk sambil menjenguk ke luar tingkap kereta. 

"Teruk ke kereta encik?" (sebab saya tak nampak pun kesan kemek)

Dia cakap begini:

"teruk tu tidaklah, tapi calar lah jugak!!" Masih bernada jengkel. 

Saya sambung lagi..

"Begini lah encik. Saya nak hantar anak ke sekolah ni, Encik ambik no telefon saya, nanti kita jumpa kemudian, boleh?".  Saya membuat tawaran.

"Saya pun nak hantar anak ke sekolah juga ni. Nanti saya call." Lalu dia memasukkan nombor talipon saya ke dalam taliponnya. 

Semasa saya menunggu dia meluahkan perasaannya tadi, sempatlah saya perasan beberapa perkara:

1) Pakaiannya tidak menggambarkan dia akan ke tempat kerja di pejabat. Rambut tak kemas dan pakai selipar jepun sahaja. (Bayangannya di hadapan kereta saya tu kekal hingga kini!!)

2) Di dalam keretanya di tepi kereta saya tu ada tiga orang anak memakai pakaian sekolah menengah. Bermakna, dia sepatutnya dalam kategori matang. 

Akhirnya, dia menalipon saya sebaik sahaja saya sampai di sekolah. Perbualan kami berlangsung begini.

"Hello encik, saya ada di seksyen 3. Encik tahu tak tempat ni?"

"Saya tau. Awak kerja di mana?"

"Saya mengajar di private school di sni."

"Apa nama sekolah nya tu?"

"Sekolah tahfiz encik." Lalu saya menyebut nama sekolahnya...Maahad Tahfiz Al Quran so and so..

Sejurus kemudian, beliau sampai dan saya menunggunya di birai jalan. Sebaik sahaja dia keluar daripada keretanya, terus sahaja dia memanggil saya.

"Ustazah! (Terus jadi ustazah!!), minta maaf lah banyak-banyak tadi saya bercakap kasar. Saya faham keadaan gelap dan ustazah pakai spek mungkin tak berapa nampak. Saya pun pakai spek, jadi saya faham! Kereta saya calar, kereta ustazah pun calar jugak saya tengok tu. Kereta baru pulak tu." 

Saya diam jer. Terkejut sebenarnya.

Say fikir...Aik!! Dah berpusing 180 darjah. Tadi beriya-iya, sepenuh perasaan dia jadi pelakon tambahan di depan simpang traffic light. Saya pulak yang kelu bicara. Orangnya sudah separuh abad saya kira. Rambutnya sudah mula memutih namun masih tegap tubuh badan. Memang benar tekaan saya tadi, beliau hanya berselipar jepun dan memakai t-shirt. 

Selepas cuba untuk "make sense" dengan apa yang berlaku, saya bertanyakan keadaan keretanya. Beberapa kesan goresan di tepi lampu signal sebelah kanan. Oleh kerana saya tidak membawa tunai yang mencukupi, saya minta no akaun bank beliau. Tak punya akaun bank katanya. Akhirnya dia sanggup drive meredah traffic jam dari situ ke pejabat hero saya yang jaraknya kurang lebih 35 km semata2 untuk ambil duit ganti rugi. Sebelum dia berlalu dari situ, sempat lagi dia mohon maaf atas kekasarannya tadi.

Apa yang saya sentap sangat dengan insiden di atas?

Perkara pertama yang saya fikir ialah betapa tempat kita bekerja sedikit sebanyak melambangkan siapa diri kita. First impression. Kemudian nama tersebut membawa bersamanya tanggung jawab dan amanah yang wajib kita jaga supaya tidak menjadi fitnah dan memberi maksud serong dan tidak elok.

Secara peribadi, insiden itu seolah-olah memberitahu saya begini:

Eh, engkau ngajar sekolah tahfiz kan? Haa..tengok tu, orang luar dengar jer sekolah tahfiz teruuuuus jadi sejuk macam air batu. Yang macam naga pun boleh jadi polar bear tau! Jadi engkau kenalah menjaga imej supaya sesuai dengan nama yang engkau bawak tu, faham???

Bertalu-talu mesej masuk dalam minda saya pagi itu.

Penampilan saya - sudah cukup sesuaikah?
Tindak tanduk saya - elokkah?
Sekolah saya - wahh, begitu sekali dipandang orang. So, don't ever take for granted.
Akhlak saya - huh, banyak lagi kena betulkan...so on and so forth.

Kemudian, sentapan kedua (juga santapan rohani) ialah cuba untuk memahami sebelum bertindak. Saya bersyukur sangat diilhamkan Allah supaya bersabar ketika itu. Tidak mengucapkan sepatah pun perkataan yang boleh menambah kemarahan tuan punya kereta tadi. Memang salah saya pun. Salah yang tidak disengajakan. 

Saya membuat analisa daripada keadaan itu bahawa ada beberapa pemangkin yang menyebabkan tuan punya kereta begitu berang pada mulanya.

1) dia baru sahaja diberhentikan kerja.
2) kereta dia tu baru jer touch up.
3) baru gaduh pagi tadi dgn wife mungkin sebab duit, sebab itulah langsung dia menuntut tunai gantirugi nya.

Bila saya buat analisa begini, dengan sendirinya hati jadi redha dengan apa yang berlaku. Jiwa yang kacau tadi dengan sendirinya surut. Rupanya itulah hikmah di sebalik sentapan di pagi hari.




Menagih Kasih

Kadang-kadang kita terlalu mengharapkan kasih sayang manusia terutamanya kasih sayang dari orang yg paling kita sayang.
Kita tertanya2 bagaimana cara nak menangi semula hati orang yg kita sayangi.
Analoginya mudah. Jika kita punya kebun sayuran dan haiwan ternakan jiran kita sering masuk ke kebun sayur dan makan pucuk sayuran kita. Habis rosak pokok2 sayur yang kita tanam diinjak-injak oleh haiwan-haiwan ini. Siapa yang perlu kita cari untuk settlekan masalah ini?
Tentu tuan punya haiwan ni tadi kan?
Langkah pertama sebelum kita menegur perbuatan jiran yg membiarkan haiwan2nya memasuki kebun kita sesuka hati ialah, kita berbaik2 dahulu dengan jiran kita tadi. Mungkin lemparkan senyuman. Mungkin, hulurkan semangkuk kueh untuk minum petang. Mungkin juga mengirim mangkuk tingkat berisi lauk makan tengahari.
Bila hatinya sudah kita menangi, carilah point untuk kita selitkan dalam perbualan kita dengan jiran tadi tentang topik kebun sayur kita dan haiwan peliharaannya. Lama-lama kelamaan pasti selesai masalah tersebut.
Sama juga, hati orang yg kita sayangi tadi tu punya tuan kan? Hatinya bermasalah. Tapi siapa tuan kepada badan yg hatinya bermasalah tadi
ya? Ya betul! Allah Al-Khaliq, Allah Yang Maha Mencipta.
Maka, apa langkah pertama kita agak-agaknya?
Yaaa...kita kena buat appointment dengan Allah la kan? Tapi...bukan ke kita dah cukup solat 5 waktu, jaga ibadah lainnya? Tak cukup ke tu?
Solat 5 waktu dan ibadah wajib itu memang perlu kita tunaikan. Namanya pun wajib kan? Jadi, kalau bermasalah, kena lah buat special appointment. Apa dia?
Bangun lah sepertiga malam, bersolat tahajjud serta solat hajat atau solat sunat yang lainnya. Jika belum biasa, 2 rakaat pun cukup utk permulaan. Kemudian tambahlah.
Mengadulah dengan Allah apa sahaja masalah kita. Berbaik-baiklah dengan Pencipta kita dan mohon padanya supaya diberi kesabaran, keimanan dan idea untuk membantu kita selesaikan apa sahaja masalah.
Yang bestnya, kita buat itu semua bukan untuk Allah pun. Dia tak perlukan ibadah kita tu. itu semua untuk diri kita. Untuk kesejahteraan iman dan hati kita. Untuk ketenangan fikiran kita. Sebagai menzahirkan betapa lemahnya kita. Betapa berkuasanya Dia.
Dah selesa bangun malam, tambah rakaat. Tambah pula sunat2 yang lain. Dhuha ke, rawatib ke, puasa sunat ke, sedeqah ke...
Sampai bila kita nak bangun malam? Sampai bila nak buat baik?
Saaaaaaampai kita mati!
Jamin ke kita boleh menangi hati orang kita sayang dgn cara macam ni?
IN SYA ALLAH PASTI!
Tapi sebelum tu selain dari berbaik2 dengan Allah, kita wajib juga berusaha. Usaha macam mana? Usaha yg bersesuaian dgn individu yg kita nak "tackle" tu lah.
Kalau mak ayah kita, caranya pasti berbeza dgn isteri atau suami kita kan? Pandai2 lah kita menuntut ilmu macam mana nak "tackle" orang yg dimaksudkan.
Tapi yang pasti, KITA DULU KENA BAIKI HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SEBELUM MEMULIHKAN HUBUNGAN KITA SESAMA MANUSIA.
Harus kita ingat.
Dalam berusaha pasti ada cabaran. Jangan putus asa. Dan yang paling penting JANGAN PUTUS ASA DENGAN ALLAH!
Jangan nanti kita cakap begini:
Uh, dah qiam selalu, dah dhuha pun masih macam tu jugak...tak elok pun, tak kaya jugak!
Kalau gitu, niat kitalah yang silap. ..check balik niat kita. Kena sabaaaar!
Ya, kadang-kadang Allah uji kita untuk anugerahkan pahala yang menggunung kepada kita sebab kita sabar. Hinggakan berpuluh tahun lamanya ujian tak juga surut. Bagi orang mukmin, setiap kali ditimpa ujian dan dia bersabar, setiap kali jugalah Allah tinggikan darjatnya di sisi Allah.
Tentu kita nak ganjaran Allah melebihi ganjaran manusia kan?
(Awak cakap senang lah, saya yang rasa!)
Oh well, setiap orang lain jenis ujian yg Allah beri. Kita tahu ke apa ujian orang lain? Tak bukan? Jadi fokuslah kepada diri kita dan berusaha untuk sentiasa upgrade kan darjat kita di sisi Allah supaya nanti mudah pula Allah mengabulkan setiap permintaan kita mahupun aduan kita.
SAMA-SAMA KITA INGAT, NAK BAIKI HUBUNGAN DENGAN MANUSIA, KITA KENA BAIKI HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH TERLEBIH DAHULU.

Wednesday, May 6, 2015

Resurrection??

Okeh, tajuk dah ada...
Hmmmm....
Rasanya I started blogging in 2004 and stopped few years back.
Last year ada lah attempt nak revive blogging tapi tu lah jadi angan-angan kosong.

Been invited to the station (sorry dah lupa nak insert link cemana :p) by rotidua (again, no link!).
[dedulu, siap boleh tweaked all those codes]

Whoaaaaa, so many familiar names yang blog depa I jadi silent readers. Yang tak berapa silent segan nak tegur takut pulak deme tak kenei...

So here I am after ermm banyak lah jugak strands of uban dah ni haa..hopefully boleh jot down balik to share and remind each other so that kita tak jadi manusia yang lalai. Tak tau pun bila kita nak balik kan? Sekarang ni, orang balik masa umur prime-prime gitu. Tu yang kita nak kena prepare sokmo.

My kids??

Dah besar panjang dahhh semuanya...sekarang berperang dengan jiwa teenagers yang macam ragam tuh. The eldest ambik SPM this year, adiknya form 4, the only hero form 1 and The youngest masa last I blog dulu still cinonet, now nak ambik UPSR.

Dan paling tak sangka, dalam usia yang tak berapa nak remaja dah ni, muncul pulak si kecik, now dah almost three!

Cukup kot sempena resurrection day..hehehe..

Kita sambung ...esok???....hahahahaha..tatatititutuuuuuuuu...