Monday, July 6, 2015

TULANG MASAK SINGGANG (menggunakan PPC)


TULANG LEMBU MASAK SINGGANG

Bahan-bahan:

Sekilo tulang lembu 
Cili kering - dibuang biji dan dipotong-potong
Biji ketumbar - tumbuk pecah biji
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Asam keping
Garam
Air

Cara memasak:

Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Tuang air sehingga 2/3 penuh dan tutup periuk. Pusing regulator valve kepada SEAL. Tekan sama ada STEW mode atau TENDON/BEEF mode. Tekan KEEP PRESSURE TIME dan adjust masa (minit) sehingga menjadi 45-50 minit). Sebenarnya boleh gunakan masa yang ditetapkan secara AUTO dalam setiap mode yang dinyatakan, tetapi jika kita nak daging betul-betul "fall off from the bones" then KPT 45-50 min is needed. Tekan START dan anda boleh lah enjoy masa anda untuk buat kerja lain sehingga bunyi beep. 

Setelah bunyi beep, ada dua cara:

1) Anda nak cepat, so pusing valve ke kanan. Berhati-hati sebab wap panas akan memancut keluar. Untuk lebih selamat, ambil tuala basah dan tutup mulut valve.

2) Lebih selamat kita biarkan pressure nya berkurang secara automatik. Ini bermaksud selepas bunyi beep, tunggu 20 minit dan bila kita pusing valve, tiada atau sangat sedikit wap panas yg keluar.

Mudahkan guna PPC??

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK KUNING (menggunakan PPC)


IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK KUNING

Bahan-bahan:

Beberapa keping ikan tenggiri
Beberapa batang bendi

Bahan dikisar:
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Lengkuas
Sedikit cili kering - sedikit sahaja, jangan sampai warna merahnya mengatasi warna kuning kunyit nanti.
Buah keras
Garam

Bahan disangai dan tumbuk hancur:
Lada hitam
Jintan manis
Jintan putih

Asam keping
Santan

Cara memasak:

1) Di dalam PPC, susun ikan di dalam periuk dan tuang kesemua bahan KECUALI sayur bendi dan santan. Tutup periuk dan tekan BAKE mode. Tekan START. Bakar sehingga tamat masa (15 minit). OFF kan mode.

2) Buka penutup periuk. Tuang santan dan masukkan sayur bendi. Tekan SOUP mode. Tekan START. Masak hingga santan mendidin dan sayur bendi masal. OFF mode dan OFF PPC. 


IKAN PERCIK KUAH PUTIH

Ini hidangan berbuka puasa semalam. Sorry, gambarnya terlupa nak ambik. 

IKAN PERCIK KUAH PUTIH

Bahan-bahan:

Bawang merah - dalam 6-8 ulas
Halia - setengah inci
Serai - 3 batang, diketuk
Santan pekat - dalam 3 cawan
Sedikit garam

Ikan selar - dikelar dan lumurkan dengan halia dan bawang putih yg ditumbuk bersama dengan sedikit garam.

Cara Membuat:

1) Kisar bawang dan halia. Campurkan kesemua bahan dalam santan dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat dan pecah minyak. Semasa kuah sedang dimasak, siramkan pada ikan yang sedang dibakar supaya kuahnya meresap ke dalam ikan. Tutup api.

2) Bakar ikan sehingga masak. Tuangkan kuah ke atas ikan.

3) Menggunakan PHILLIPS PRESSURE COOKER (PPC), letak ikan ke dalam periuk. Tutup periuk. Tekan Bake dan Start. Pusing regulator valve kepada Bake. Masa memasak 15 minit. Halfway thru, buka penutup (jangan bimbang, dalam Bake mode, penutup boleh dibuka), siram kuah yg separuh masak tadi dan tutup semula. Tunggu hingga bunyi beep. Hidang seperti di atas.