Wednesday, May 13, 2015

Peristiwa Sentap di Suatu Pagi

Peristiwa ini dah berlaku beberapa tahun yang lepas, Kalau tak silap saya dalam tahun 2009.
Waktu tu awal tahun. Subuh masuk awal dan hari masih gelap waktu saya keluar ke sekolah.

40 minit kemudian, saya tiba di simpang traffic light yang sibuk. Ada empat laluan dan biasanya saya akan ambil yang paling kanan untuk ke simpang seterusnya. Waktu tu kereta banyak berbaris di hadapan. Suasana masih terlalu gelap walaupun menghampiri jam tujuh. Traffic light masih merah. Kebiasaannya memang lama masa menunggu di simpang tersebut.

Saya lihat di depan saya ada ruang untuk saya ke kanan. Tapi hati saya was-was sama ada lepas atau tidak ruang tersebut memandangkan kereta saya merupakan sebuah MPV. Dalam keadaan ragu-ragu saya teruskan dan akhirnya bergeser dengan sebuah kereta kelisa di sebelah kiri. (Mental note: lain kali kalau ragu2, jangan diteruskan niat tersebut!!)

Macam nak luruh jantung saya! Saya berdoa agar tuan punya kereta berbesar hati memaafkan saya sebaik sahaja saya melihat dia turun dari kereta. Malang bagi saya. Tuan punya kereta kelisa tersangat berang! Dia berdiri di hadapan kereta saya menyumpah seranah, menghambur segala kata-kata kesat. Boleh tak bayangkan dia berdiri di hadapan kereta yang lampunya besar? Suasana masih amat gelap. Memang jelas bayang tubuhnya (sillhouette) dengan aksi kedua-dua tangan terangkat ke atas dan ke bawah menunjuk-nunjuk ke arah saya. 

Anak-anak saya yang berempat, yang tadinya terlena terpinga-pinga mendengar orang terjerit-jerit di luar kereta. Terjongol-jongol mereka mengintai bayang siapalah agaknya di hadapan kereta kami!

Banyak juga lah perkataan yang tidak enak hinggap di telinga saya. Yang paling sopan antaranya dia cakap begini:

"kalau nak cepat sangat, panjatlah kerb tepi jalan tuh!!!"
"orang lain pun nak kerja jugak..bla .bla..bla.."

Saya lihat traffic light dah mula hijau. Satu persatu kereta mula bergerak. Saya biarkan sahaja dia menghabiskan "luahan hatinya" sehingga ke ayat yang terakhir, barulah saya menyampuk sambil menjenguk ke luar tingkap kereta. 

"Teruk ke kereta encik?" (sebab saya tak nampak pun kesan kemek)

Dia cakap begini:

"teruk tu tidaklah, tapi calar lah jugak!!" Masih bernada jengkel. 

Saya sambung lagi..

"Begini lah encik. Saya nak hantar anak ke sekolah ni, Encik ambik no telefon saya, nanti kita jumpa kemudian, boleh?".  Saya membuat tawaran.

"Saya pun nak hantar anak ke sekolah juga ni. Nanti saya call." Lalu dia memasukkan nombor talipon saya ke dalam taliponnya. 

Semasa saya menunggu dia meluahkan perasaannya tadi, sempatlah saya perasan beberapa perkara:

1) Pakaiannya tidak menggambarkan dia akan ke tempat kerja di pejabat. Rambut tak kemas dan pakai selipar jepun sahaja. (Bayangannya di hadapan kereta saya tu kekal hingga kini!!)

2) Di dalam keretanya di tepi kereta saya tu ada tiga orang anak memakai pakaian sekolah menengah. Bermakna, dia sepatutnya dalam kategori matang. 

Akhirnya, dia menalipon saya sebaik sahaja saya sampai di sekolah. Perbualan kami berlangsung begini.

"Hello encik, saya ada di seksyen 3. Encik tahu tak tempat ni?"

"Saya tau. Awak kerja di mana?"

"Saya mengajar di private school di sni."

"Apa nama sekolah nya tu?"

"Sekolah tahfiz encik." Lalu saya menyebut nama sekolahnya...Maahad Tahfiz Al Quran so and so..

Sejurus kemudian, beliau sampai dan saya menunggunya di birai jalan. Sebaik sahaja dia keluar daripada keretanya, terus sahaja dia memanggil saya.

"Ustazah! (Terus jadi ustazah!!), minta maaf lah banyak-banyak tadi saya bercakap kasar. Saya faham keadaan gelap dan ustazah pakai spek mungkin tak berapa nampak. Saya pun pakai spek, jadi saya faham! Kereta saya calar, kereta ustazah pun calar jugak saya tengok tu. Kereta baru pulak tu." 

Saya diam jer. Terkejut sebenarnya.

Say fikir...Aik!! Dah berpusing 180 darjah. Tadi beriya-iya, sepenuh perasaan dia jadi pelakon tambahan di depan simpang traffic light. Saya pulak yang kelu bicara. Orangnya sudah separuh abad saya kira. Rambutnya sudah mula memutih namun masih tegap tubuh badan. Memang benar tekaan saya tadi, beliau hanya berselipar jepun dan memakai t-shirt. 

Selepas cuba untuk "make sense" dengan apa yang berlaku, saya bertanyakan keadaan keretanya. Beberapa kesan goresan di tepi lampu signal sebelah kanan. Oleh kerana saya tidak membawa tunai yang mencukupi, saya minta no akaun bank beliau. Tak punya akaun bank katanya. Akhirnya dia sanggup drive meredah traffic jam dari situ ke pejabat hero saya yang jaraknya kurang lebih 35 km semata2 untuk ambil duit ganti rugi. Sebelum dia berlalu dari situ, sempat lagi dia mohon maaf atas kekasarannya tadi.

Apa yang saya sentap sangat dengan insiden di atas?

Perkara pertama yang saya fikir ialah betapa tempat kita bekerja sedikit sebanyak melambangkan siapa diri kita. First impression. Kemudian nama tersebut membawa bersamanya tanggung jawab dan amanah yang wajib kita jaga supaya tidak menjadi fitnah dan memberi maksud serong dan tidak elok.

Secara peribadi, insiden itu seolah-olah memberitahu saya begini:

Eh, engkau ngajar sekolah tahfiz kan? Haa..tengok tu, orang luar dengar jer sekolah tahfiz teruuuuus jadi sejuk macam air batu. Yang macam naga pun boleh jadi polar bear tau! Jadi engkau kenalah menjaga imej supaya sesuai dengan nama yang engkau bawak tu, faham???

Bertalu-talu mesej masuk dalam minda saya pagi itu.

Penampilan saya - sudah cukup sesuaikah?
Tindak tanduk saya - elokkah?
Sekolah saya - wahh, begitu sekali dipandang orang. So, don't ever take for granted.
Akhlak saya - huh, banyak lagi kena betulkan...so on and so forth.

Kemudian, sentapan kedua (juga santapan rohani) ialah cuba untuk memahami sebelum bertindak. Saya bersyukur sangat diilhamkan Allah supaya bersabar ketika itu. Tidak mengucapkan sepatah pun perkataan yang boleh menambah kemarahan tuan punya kereta tadi. Memang salah saya pun. Salah yang tidak disengajakan. 

Saya membuat analisa daripada keadaan itu bahawa ada beberapa pemangkin yang menyebabkan tuan punya kereta begitu berang pada mulanya.

1) dia baru sahaja diberhentikan kerja.
2) kereta dia tu baru jer touch up.
3) baru gaduh pagi tadi dgn wife mungkin sebab duit, sebab itulah langsung dia menuntut tunai gantirugi nya.

Bila saya buat analisa begini, dengan sendirinya hati jadi redha dengan apa yang berlaku. Jiwa yang kacau tadi dengan sendirinya surut. Rupanya itulah hikmah di sebalik sentapan di pagi hari.




3 comments:

  1. Good lesson.
    I wish I had been as patient as you.

    ReplyDelete
  2. Apa yang di katakan( perkataan atau tulisan) melambangkan kepribadian.. Berdiam diri ketika marah atau dimarahi jauh lebih baik dari menghamburkan kata yang mendatangkan penyesalan.. Tetapi semasa marah mungkinkah ada kawalan.. Hanya dengan rahmat Allah jua.. Alhamdulillah washukrilLah

    ReplyDelete
  3. Sokmo orang jadi baran sebab duit. Serabut dengan duit la tu kot Wani. Hilang pertimbangan sekejap.

    ReplyDelete